
myJodoh adalah portal pencarian jodoh pertama di Malaysia, dilancarkan pada November 2002 oleh saudara Azrul Alwi. Kini, myJodoh dikendalikan oleh Dynamic Digital Design [PG62574-K].
Pada Ogos 2003, laman web ini berjaya menyatukan pasangan pengantin pertamanya. Majlis perkahwinan tersebut mendapat liputan media dan disambut meriah.
Sejak hari itu, myJodoh terus menjadi pilihan pelbagai golongan. Ramai yang mendaftar, dan ramai yang menemui jodoh. Alhamdulillah, sehingga hari ini myJodoh telah berjaya menyatukan ribuan pasangan.
(Nota: Sejak tahun 2004, myJodoh telah menghentikan penyiaran foto-foto pasangan yang bertemu jodoh atas sebab-sebab tertentu.)
Majoriti pengguna myJodoh adalah dari kalangan masyarakat Nusantara yang bertutur bahasa Melayu, berasal dari Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia. Sebanyak 96% daripada mereka sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Kebanyakan mereka telah memiliki segala-galanya dalam hidup, kecuali seorang pasangan untuk melengkapkannya.
← Leret untuk melihat lebih banyak →
myJodoh sesuai untuk mereka yang serius mencari dan telah bersedia menerima pasangan hidup. Bujang, janda, balu, duda – semuanya dialu-alukan.
Serius mencari di sini bermaksud mereka yang benar-benar komited dalam pencarian pasangan hidup, bukan sekadar saja-saja atau main-main. Kemungkinan besar anda akan berkahwin dalam tempoh terdekat dengan seseorang yang juga sedang serius mencari.
Telah bersedia pula bermaksud mereka yang benar-benar mampu menjadi pasangan hidup orang lain. Contohnya, seorang lelaki perlu memiliki kemampuan kewangan yang sesuai, dan seorang wanita perlulah bebas dari sebarang ikatan perkahwinan yang sah.
Umur minimum untuk menyertai myJodoh ialah 18 tahun, dan tiada had umur maksimum. Berkahwinlah jika anda benar-benar mampu dan bersedia. Insya-Allah, sistem myJodoh dapat membantu.
Pengguna myJodoh mestilah beragama Islam atau mempunyai kecenderungan yang sungguh-sungguh untuk memeluk Islam.
Perkara pertama yang perlu anda fahami: myJodoh bukan ejen pencari jodoh. myJodoh tidak akan mencarikan jodoh untuk anda secara manual. Sebaliknya, myJodoh menyediakan pangkalan data yang besar – dihuni oleh mereka yang sedang mencari pasangan hidup. Sistem myJodoh dapat membantu anda melalui DUA kaedah berikut:


myJodoh tidak mengumpul maklumat sensitif anda. Maklumat penting seperti nombor telefon dan butiran peribadi tidak akan dikongsi dengan pengguna lain tanpa izin anda.
Dating Scam atau Love Scam adalah sejenis penipuan yang melibatkan kerugian wang beribu ringgit. Kebanyakan mangsa adalah pengguna wanita berkerjaya yang kesepian. Menurut laporan media tempatan, penipuan sebegini sering didalangi sindiket tertentu dan boleh berlaku di mana-mana platform media sosial.
Justeru, myJodoh mempunyai kaedah tersendiri untuk menanganinya. Pengguna wanita myJodoh mempunyai kumpulan sokongan untuk berkongsi maklumat. Jika wujud individu yang disyaki terlibat dengan penipuan, ia akan segera dikesan dan diwar-warkan untuk keselamatan bersama. Individu berkenaan akan dimasukkan ke dalam Senarai Bahaya.
Seiring dengan kemajuan teknologi AI dan deepfake, myJodoh telah mewajibkan pengesahan selfie bagi semua pengguna berdaftar. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan identiti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Profil pengguna yang berjaya dipadankan dengan selfie akan memaparkan ikon
sebagai tanda pengesahan. Manakala, profil tanpa selfie yang disahkan tidak akan menampilkan sebarang ikon tersebut.
Kami akui, memang ada individu yang tidak jujur tentang status perkahwinan mereka di myJodoh, khususnya di kalangan pengguna lelaki. Dengan melanggan sebagai pengguna berbayar, anda akan diperkenalkan kepada komuniti myJodoh dan boleh berkongsi maklumat dengan pengguna lain jika anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena.